ﺒﺴﻡﷲﺍﻠﺭﺤﻤﻥﺍﻠﺭﺤﻴﻡ

Ahad, 27 Mac 2011

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT

Allahu Akbar
 Allah Maha Besar

Doa Iftitah
 Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
 Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan Ketika Rukuk
 Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
 Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
 Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
 Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
 Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
 Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
 Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
 Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
 Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
 Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ahad, 20 Mac 2011

KEJADIAN PENCIPTAAN MANUSIA PERTAMA IAITU NABI ADAM

Allah telah memerintahkan  Malaikat Jibril turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanah untuk menjadikan Adam. Walaubagaimanapun, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil malah bersumpah dengan nama Allah yang dia tidak rela untuk menyerahkannya kerana kebimbangan seperti yang di bimbangkan oleh para malaikat.

Jibril kembali setelah mendengar sumpah tersebut lalu Allah mengutuskan pula Malaikat Mikail dan kemudiannya Malaikat Israfil tetapi kedua-duanya tidak berdaya hendak berbuat apa-apa akibat sumpah yang di buat oleh bumi. Maka, Allah memerintahkan Malaikat Izrail untuk melakukan tugas tersebut dan menggesa agar tidak berundur walaupun bumi bersumpah kerana tugas tersebut dijalankan atas permintaan dan nama Tuhan.

Malaikat Izrail lalu turun ke bumi dan mengatakan yang kedatangannya adalah atas perintah Allah dan memberi amaran kepada bumi untuk tidak membantah yang memungkinkan bumi mengderhaka kepada Allah. Menurut Ibnu Abbas, tanah -tanah dari bumi dan syurga digunakan untuk dijadikan bahan-bahan mencipta Nabi Adam, bapa keturunan semua manusia. Tanah-tanah tersebut ialah :-

* Tanah Baitulmuqaddis - dijadikan kepala sebagai tempat kemuliaan untuk diletakkan otak dan akal.
* Tanah Bukit Tursina (Mesir) - dijadikan telinga sebagai tempat mendengar dan menerima nasihat.
* Tanah Iraq - dijadikan dahi sebagai tempat sujud kepada Allah.
* Tanah Adeen (Yaman) - dijadikan muka sebagai tempat berhias kecantikkan.
* Tanah Telaga Al-Kauthar - dijadikan mata sebagai tempat menarik perhatian.
* Tanah Al-Kauthar - dijadikan gigi sebagai tempat bermanis-manis.
* Tanah Kaabah (Makkah) - dijadikan tangan kanan sebagai tempat mencari nafkah dan bekerjasama.
* Tanah Paris (Perancis) - dijadikan tangan kiri sebagai anggota untuk istinjak.
* Tanah Khurasan (Iran) - dijadikan alat kelamin sebagai organ seks dan tempat bernafsu serta tempa yang mudah sekali digoda oleh syaitan.
* Tanah Tursina (Mesir) - dijadikan tulang sebagai bingkai peneguh diri manusia.
* Tanah India - dijadikan kaki sebagai anggota untuk berdiri dan berjalan.
* Tanah Firdaus (Syurga) - dijadikan hati sebagai tempat keyakinan, keimanan dan kemahuan.
* Tanah Taif (Arab Saudi) - dijadikan lidah sebagai tempat untuk mengucapkan syahadah,bersyukur dan berdoa.

Tubuh Adam mempunyai sembilan rongga. Tujuh rongga di kepala dan dua di bawah badan iaitu dua mata, dua telingga, dua hidung, satu mulut, satu dubur dan satu uretra. Lima pancaindera dilengkapkan dengan anggota tertentu seperti mata untuk penglihatan, telinga untuk pendengaran, hidung untuk pengesanan bau, lidah untuk merasa dan kulit untuk sentuhan.

Ketika Allah menjadikan tubuh Adam, tanah dicampurkan dengan air tawar, masin dan hanyir beserta api dan angin. Kemudian Allah resapkan sifat Nur ke dalam tubuh Adam dengan pelbagai sifat. Lalu tubuh Adam digenggam dengan genggaman Jabarut dan diletakkan di Alam Malakut. Tanah itu dicampurkan lagi dengan istilah wangian dan ramuan dari Nur-Sifat Allah dan dirasmi dengan "Bahrul Uluhiyah". Kemudian tubuh tersebut dibenamkan dalam "Kudral 'Izzah" iaitu sifat "Jalal dan Jammah" lalu disempurnakan tubuh tersebut.

Waktu kejadian manusia tidak disebutkan berapa lama walaupun melalui apa cara perhintungan sekalipun seperti dalam Al-Quran "Bukankan telah berlalu kepada manusia suatu ketika dari masa (yang beredar), sedang dia (masih belum wujud lagi) dan tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut..."

Menurut keterangan ulama, tubuh Adam diselubungi dalam tempoh 120 tahun, 40 tahun di tanah yang kering, 40 tahun di tanah yang basah dan 40 tahun di tanah yang hitam dan berbau. Dari situ Allah ubah tubuh Adam dengan rupa kemuliaan dan tertutuplah dari rupa hakikatnya. Kerana proses kejadian itu yang melalui peringkat yang "kotor"  tidak hairanlah Malaikat dan Iblis memandang rendah akan kejadian manusia yang dicipta dari tanah.

Roh diperintahkan Allah untuk memasuki jasad Adam tetapi seperti makhluk lain, roh juga enggan, malas dan segan kerana jasad yang seperti batu. Dikatakan roh berlegar-legar mengelilingi jasad Adam sambil disaksikan malaikat. Kemudian Allah memerintahkan Malaikat Izrail memaksa roh masuk ke dalam tubuh tersebut  dan roh secara perlahan-lahan masuk hingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Setelah meresapi ke kepala Adam, berfungsilah otak dan tersusunlah urat-urat saraf dengan sempurna. Lalu terjadilah mata dan terus terbuka melihat tubuhnya yang masih keras dan Malaikat di sekelilingnya. Telinga mula berfungsi dan didengarkannya kalimah tasbih para malaikat. Apabila roh tiba ke hidung, lalu ia bersin dan mulutnya terbuka. Allah mengajarkan kalimah "Alhamdulillah" yang merupakan kalimah pertama yang diucapkan Adam dan Allah sendiri yang membalasnya.

Kemudian roh tiba di dadanya lalu Adam berkeinginan untuk bangun padahal tubuhnya yang bawah masih keras membatu. Ketika roh sampai di perut, maka organ-organ dalam perut tersusun sempurna saat itu  Adam mula merasakan lapar. Akhirnya roh mula meresap ke seluruh tubuh Adam, tangan dan kaki dan berfungsilah dengan sempurna segala darah daging, tulang, urat saraf dan kulit, Menurut riwayat kulit Adam amat baik ketika itu berbanding kulit manusia kini dan warnanya masih dapat dilihat di kuku sebagai peringatan kepada keturunan manusia.

Dengan itu sempurnalah sudah kejadian manusia pertama dan Adam digelar sebagai "Abul Basyar" iaitu bapa manusia. Walaubagaimanapun, hanya Nabi Muhammad s.a.w mendapat gelaran "Abul Roh" atau "Abul Arwah" iaitu bapa segala roh.